Tuesday, March 9, 2010

Hubungi Kami




Aras 1-6,
Kompleks Pejabat
Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 Kuala Lumpur.
MALAYSIA
Bahagian

Tel: 03-2693 0095
Faks: 03-2693 4982

Aras 23, Menara Tun
Ismail Mohamed Ali,
Jalan Raja Laut,
50582 Kuala Lumpur.
MALAYSIA.


Tel: 03-2616 5600
Faks: 03-2698 6078

Aras 3, 4 dan 6,
Wisma Sime Darby,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
MALAYSIA.


Tel: 03-2614 3000
Faks: 03-2698 3545

Pengenalan

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"

Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :

* Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
* Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
* Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
* Institut Sosial Malaysia (ISM)

Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.

KPWKM dipimpin oleh Y.B. Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (2001 - Februari 2008) sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial terutamanya kebajikan masyarakat, bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.

Pada masa ini, KPWKM diterajui semula oleh Y.B. Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil. Manakala Y.B. Senator Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai Timbalan Menteri.